Mınat Yang Besar Terhadap Sukan Memanah Turkı Dı Malaysıa

Yazıcı-dostu sürüm

Kursus Memanah Tradisional Turki di bawah Projek Kemankes, yang dilaksanakan oleh Yunus Emre Institut dan Yayasan Okcular telah bermula di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur, pada hari Ahad 11 Februari 2018.

Projek Kemankeş ini bertujuan untuk memperkenalkan sukan memanah Tradisional Turki ke seluruh dunia dan membawa atlet baru ke sukan tradisional mereka.

Bagi yang berminat untuk belajar tentang sukan ini, boleh daftar untuk sertai kursus yang dianjurkan oleh Institut kami.  Peralatan memanah buatan tangan dan kelengkapan lain ada disediakan.

Jurulatih dan pakar tempatan telah dilatih oleh Yayasan Okçular dengan pelbagai jenis pengetahuan teori dan praktikal dan juga pengalaman berkaitan dengan seni memanah tradisional Turki.

Para pelatih yang mengambil bahagian dalam kursus memanah kami di bawah Projek Kemankeş, akan mendapat peluang untuk menunjukkan kemahiran mereka dalam pertandingan besar yang akan diadakan di Istanbul pada Musim Panas Turki 2018.