Mengapa Yunus Emre

Mengapa Yunus Emre

Yazıcı-dostu sürüm

Yunus Emre Enstitüsü telah dinamakan sempena Yunus Emre, seorang Sufi Anatolia yang hidup di abad ke-13 dan ke-14. Beliau terkenal sebagai simbol nilai kemanusian, kasih sayang dan keamanan sosial. Justeru itu, Institusi kami bertujuan untuk menyebarkan budaya dan seni Turki ke seluruh dunia, dan berusaha untuk membina dunia yang lebih aman, di mana warganya memahami satu sama lain dengan bahasa tamadun yang amat cekap, sopan dan unik. Untuk menjayakan matlamat ini dan membuktikan ke seluruh dunia yang kami bersuara, adalah wajar untuk kami memperkenalkan diri kami dan nilai kebudayaan kami terlebih dahulu dengan sebaik mungkin. Kami telah memilih nama Yunus Emre untuk Institusi kami bukanlah secara kebetulan. Individu yang hebat ini bukan sahaja telah menyumbang kepada pembangunan Turki dengan puisi-puisinya. Beliau juga banyak menyampaikan pesanan yang menggalakkan masyarakat untuk hidup secara aman dan harmoni tanpa diskriminasi agama, bahasa dan bangsa melalui falsafahnya yang berdasarkan nilai kemanusiaan sejagat. Yunus Emre Enstitüsü bermatlamat untuk mengekalkan falsafah asas ini di setiap aktiviti yang dijalankan.