Bahasa Turki, menjadi Mata Pelajaran Rasmi di Thailand

Yazıcı-dostu sürüm

Sebuah memorandum persefahaman telah ditandatangan Institut Yunus Emre Kuala Lumpur (YEE) dan “Integrated Islamic School” di Pattani, Thailand, untuk menyertakan Bahasa Turki sebagai salah satu mata pelajaran dalam kurikulum sekolah tersebut.

Menurut memorandum yang ditandatangani di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, 442 pelajar yang belajar di “Integrated Islamic School” akan mengambil mata pelajaran Bahasa Turki.

Dr. Ömer Altun, Pengarah Institut, telah ditemu ramah oleh Anadolu Agensi mengenai memorandum tersebut. Beliau berasa gembira kerana buat pertama kalinya, Bahasa Turki akan diajarkan di sekolah di Thailand. Beliau berkata, "Bahasa Turki akan diajar sebagai subjek wajib di Integrated Islamic School, Pattani. Ini kali pertama Bahasa Turki akan diajar sebagai mata pelajaran wajib di negara tersebut."

Memorandum ini juga telah ditandatangani antara Institut Yunus Emre dan Kolej Teknologi Darulnaim pada April 2018 dan Bahasa Turki telah dimasukkan sebagai salah satu mata pelajaran dalam kurikulum Kolej tersebut di Kuala Lumpur, Malaysia.