Chef Omur Akkor telah berkongsi Sejarah Masakan Anatolia kepada Para Pelajar Universiti di Malaysia.

Yazıcı-dostu sürüm

Pada tarikh 20 November 2019, pengkaji sejarah masakan Turki Chef Omur Akkor telah menyampaikan sebuah konferans bertajuk “ Masakan paling tua di dunia; Kisah-kisah masakan dari Anatolia.” di Universiti Management and Science (MSU).

Konferans yang dihadiri oleh 500 orang peserta terdiri daripada para pelajar dari fakulti kulinari MSU, ahli akademik dan barisan pentadbir tertinggi universiti.

Ucapan perasmian program “Masakan paling tua di dunia; Kisah-kisah masakan dari Anatolia.” Disampaikan oleh Pengarah Institut Yunus Emre Kuala Lumpur Dr. Ömer Altun dan Presiden MSU Prof. Mohd Syukru Ab Yajid.

Akkor yang naik ke pentas setelah ucapan perasmian ketika menerangkan tentang kekayaan kaum Hitit di Anatolia dalam hal masakan dan dapur.berkata “Ketika kami meneliti tablet kaum Hitit, kami menemui lebih kurang 100 rekod makanan dari pembuatan tepung. Sehingga hari ini belum ada lagi buku yang menerangkan sehingga 100 pembuatan tepung.”

Akkor berkata “Tidak salah jika kita katakan Uthmaniyah adalah empayar dapur.” Ketika beliau menerangkan bahawa budaya makanan Anatolia berkembang dengan sangat baik pada zaman Seljukiah dan Uthmaniyah.

Akkor yang telah berkongsi informasi-informasi berkaitan budaya makanan sultan dan penduduk istana pada zaman Uthmaniyah telah mengagihkan manisan istana Uthmaniyah yang telah dibuat oleh beliau dengan pembantu chef beliau Alper Tuğrul kepada para peserta.

Di akhir ucapan beliau, Akkor juga telah mengesyorkan pelajar pelajar fakulti kulinari di universiti, “  kalian perlu ingat bahawa makanan yang anda masak mempunyai sejarah dan anda semua harus belajar sejarah.’’

Sef Akkor juga telah berkata bahawa beliau akan menyediakan peluang biasiswa untuk 2 pelajar kulinari di MSU.

Akkor yang mengambil gambar bersama kakitangan akademik universiti dengan peserta juga telah ditemu duga dengan wartawan tempatan selepas acara tersebut.