Festival Gambus Şerif Muhittin Targan Antarabangsa

Yazıcı-dostu sürüm

Festival Gambus Şerif Muhiddin Targan Antarabangsa telah diadakan buat kali pertama di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Para pemain gambus terkemuka sedunia telah bertemu di Yunus Emre Institute Kuala Lumpur, lokasi Festival, selama dua hari. Semua aktiviti di festival ini seperti bengkel, ceramah dan persembahan telah diadakan secara percuma. Karya-karya muzik Şerif Muhiddin Targan, seorang seniman, pemain gambus terkenal dan figura penting sejarah turut disertakan.

Duta Besar Kedutaan Turki, Dr. Merve Safa KAVAKÇI telah memberikan ucapan pembukaan untuk festival tersebut dan mengatakan bahawa kadar penyertaan telah menjangkau apa yang beliau harapkan. Pakar muzik dan ahli akademik dari negara Turki, Malaysia, Singapura, Indonesia, dan Jepun telah membuat persembahan, pembentangan akademik, syarahan serta bengkel termasuk pengajaran teknikal berkaitan instrumen gambus. Koleksi-koleksi gambus dari Muzium Malaysia juga telah dipamerkan di Institut kami. Selain itu, pemain gambus dari Turki, Osman Nuri Özpekel telah membuat sebuah persembahan yang menakjubkan menggunakan gambus bekas milik Şerif Muhiddin Targan yang telah dihadiahkan kepadanya oleh isteri Şerif, Safiye Ayla.