×

Mesaj ralat

Notice: unserialize(): Error at offset 4 of 4 bytes in variable_initialize() (line 1202 of /home/yeeorg/public_html/includes/bootstrap.inc).

Kelas Bahasa Turki di Malaysia semester Musim Luruh telah berakhir

Yazıcı-dostu sürüm

Kelas Bahasa Turki di bawah program ‘Protokol Pilihan saya Bahasa Turki’ yang memasuki silibus di universiti-universiti terkenal Malaysia seperti Management & Science University (MSU) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berakhir dengan jayanya.

Para pelajar untuk Kelas Bahasa Turki yang bermula pada musim bunga tahun 2019 di kedua-dua universiti itu setelah melalui 14 minggu yang produktif untuk musim luruh akhirnya berjaya menanamatkan kelas mereka pada tahap A1.1 dan A1.2 dengan menduduki peperiksaan akhir semester. Daripada penyertaan 66 pelajar dari UPM dan 30 pelajar dari MSU, ramai yang berjaya mendapatkan pencapaian yang tinggi dalam peperiksaan Bahasa Turki.

Pendaftaran yang akan dibuka pada 3 Februari 2020 untuk musim bunga 2020, akan meneruskan silibus pembelajaran Bahasa Turki dari silibus terakhir semester lepas.

Dengan sokongan dari Institut Yunus Emre, sehingga hari ini sebanyak 8 buah pusat pendidikan di Malaysia iaitu 5 universiti dan 3 kolej telah diberikan kelas-kelas Bahasa Turki. Di Integrated Islamic School yang terletak di Pattani Thailand,  kelas Bahasa Turki telah dilaksanakan selama dua tahun dengan penyertaan aktif 478 orang pelajar. Di samping itu, di Universiti Fatoni yang merupakan antara universiti utama di Thailand, kelas Bahasa Turki telah dimulakan sejak 24 Disember 2019 dengan penyertaan seramai 83 orang pelajar.