Kelas “Memanah Tradisional Turki” telah Masuk Kurikulum Malaysia

Yazıcı-dostu sürüm

Kelas “Memanah Tradisional Turki” di bawah Projek Kemankes, yang dilaksanakan Yunus Emre Institut dan Yayasan Okcular telah bermula serentak di 16 buah negara dan telah menarik perhatian besar di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Kelas “Memanah Tradisional Turki” yang sedang dijalankan di Yunus Emre Institut Kuala Lumpur bertujuan untuk memperkenalkan sukan memanah Tradisional Turki ke seluruh dunia dan menarik atlet baru ke sukan tradisional ini.

Sebuah memorandum persefahaman telah ditandatangan antara Sekolah Antarabangsa Idrissi dan Yunus Emre Institut Kuala Lumpur pada hari Selasa 25 September, untuk menyertakan kelas “Memanah Tradisional Turki” dalam kurikulum sekolah tersebut sebagai kelas elektif.

Sebaik sahaja kelas ini dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah, kelas ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Bagi tahun akademik 2018-2019, 6 kelas akan dibuka dan lebih 100 pelajar telah memilih untuk menyertai kelas “Memanah Tradisional Turki”.

Kelas ini akan bermula pada hari Isnin, 01 Oktober 2018. Pelbagai jenis pengetahuan teori dan praktikal dan juga pengalaman akan diajar kepada pelajar-pelajar oleh jurulatih tempatan yang telah dilatih oleh Yayasan Okcular di Istanbul. Para pelajar akan dilatih menggunakan peralatan memanah buatan tangan dan juga akan melakukan latihan menembak.

Pada akhir semester, pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan kelas tersebut akan menerima sijil yang disahkan oleh Yayasan Okcular dan mereka juga akan mendapat peluang untuk mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan di Turki.