Kursus Bahasa Turki Ambilan Baru 2019 Telah Bermula di Kuala Lumpur

Yazıcı-dostu sürüm

Kursus Bahasa Turki ambilan baru untuk semester 2019-2020 telah bermula di Kuala Lumpur Yunus Emre Enstitüsü. Yunus Emre Enstitüsü adalah merupakan pusat budaya yang memperkenalkan budaya, sejarah, seni dan sastera Turki kepada seluruh dunia.

Seramai 40 pelajar di peringkat A1, A2 telah mendaftarkan diri ke kursus Bahasa Turki yang dianjurkan mengikut piawaian CEFR di Kuala Lumpur Yunus Emre Enstitüsü.

2017 yılından itibaren Kuala Lumpur Yunus Emre Enstitüsü tarafından  yürütülen Yunus Emre Enstitüsü “Tercihim Türkçe” Projesi ile okullarda öğrencilere, Türkçeyi seçmeli yabancı dil olarak öğrenme imkânı sunuluyor. Proje kapsamında Tayland’ın Pattani bölgesinde  bulunan Integrated Islamic School’da 478 öğrenci, University Putra Malaysia’da 66 öğrenci, MSU-Management & Science University’de 29 öğrenci ve Usim-Kolej Permata Insan’da 33 öğrenci 2019-2020 eğitim-öğretim yılı güz döneminde de yabancı dil olarak Türkçeyi tercih etti.

Sejak 2017, Institut Yunus Emre Kuala Lumpur memberi peluang kepada pelajar-pelajar di sekolah untuk mengambil Bahasa Turki sebagai subjek elektif dengan menjalankan Projek "Operation Protocol" Institut Yunus Emre. Dalam skop projek ini, 478 pelajar dari Integrated Islamic School Pattani di Thailand, 66 orang pelajar di Universiti Putra Malaysia, 29 porang pelajar di MSU- Management and Science University dan 33 orang pelajar di Kolej Genius İnsan USİM mengambil Bahasa Turki sebagai bahasa asing di institusi mereka. Institut kami menyediakan buku-buku teks dan cikgu Bahasa Turki.

Pelajar-pelajar yang berjaya menghabiskan kursus Bahasa Turki ini akan diberi sijil yang mengesahkan tahap Bahasa Turki mereka. Di samping itu, Ujian Kecekapan Bahasa Turki dibuat 3 kali setahun oleh Institut dan pelajar yang berjaya dalam ujian ini berhak menerima “Sijil Kecekapan Bahasa Turki”. Sijil Kecekapan Bahasa Turki ini memberikan kelebihan besar dalam aplikasi pekerjaan kepada individu yang ingin bekerja di Turki atau syarikat yang beroperasi di peringkat antarabangsa di negara masing-masing, yang ingin menjadi penerjemah bahasa Turki dan calon guru yang ingin mengajar bahasa Turki di luar negara. Sijil ini juga memberi kelebihan kepada individu yang ingin sambung pelajaran mereka di Turki dengan dikecualikan daripada menghadiri kursus persediaan universiti untuk mempelajari bahasa Turki.