Kursus Bahasa Turki Bermula di Kuala Lumpur

Yazıcı-dostu sürüm

Kursus Bahasa Turki Institut Yunus Emre Kuala Lumpur sudah bermula untuk semester 1 tahun 2018.

Bermula sejak 21 Februari 2017 di Malaysia dengan tujuan untuk mempromosikan Turki, budaya Turki, sejarah, seni, kesusasteraan dan menyediakan perkhidmatan di luar negara kepada orang yang ingin belajar Bahasa Turki.

Seramai 44 pelajar di peringkat A1, A2 dan B1 telah mendaftar dalam kursus Bahasa Turki kami yang dianjurkan mengikut Kriteria Portfolio Bahasa Eropah di Institut Yunus Emre Kuala Lumpur.

Sejak 2017, Institut Yunus Emre Kuala Lumpur memberi peluang kepada pelajar-pelajar di sekolah untuk mengambil Bahasa Turki sebagai subjek elektif dengan menjalankan Projek "Operation Protocol" Institut Yunus Emre. Dalam skop projek ini, 442 pelajar dari Integrated Islamic School Pattani di Thailand dan 9 pelajar dari Kolej Teknologi Darulnaim Bangi mengambil Bahasa Turki sebagai bahasa asing di sekolah mereka. Institut kami menyediakan buku-buku teks dan cikgu Bahasa Turki.

Pelajar-pelajar yang berjaya menghabiskan kursus Bahasa Turki ini akan diberi sijil yang mengesahkan tahap Bahasa Turki mereka. Di samping itu, Ujian Kecekapan Bahasa Turki dibuat 3 kali setahun oleh Institut dan pelajar yang berjaya dalam ujian ini berhak menerima “Sijil Kecekapan Bahasa Turki”. Sijil Kecekapan Bahasa Turki ini memberikan kelebihan besar dalam aplikasi pekerjaan kepada individu yang ingin bekerja di Turki atau syarikat yang beroperasi di peringkat antarabangsa di negara masing-masing, yang ingin menjadi penerjemah bahasa Turki dan calon guru yang ingin mengajar bahasa Turki di luar negara. Sijil ini juga memberi kelebihan kepada individu yang ingin sambung pelajaran mereka di Turki dengan dikecualikan daripada menghadiri kursus persediaan universiti untuk mempelajari bahasa Turki.