Majlis Memperingati Mehmet Akif Ersoy dan Penerimaan Lagu Kebangsaan Turki.

Yazıcı-dostu sürüm

Telah berlangsung Majlis Memperingati Mehmet Akif Ersoy  dan penerimaan lagu kebangsaan Turki di Ibu Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Majlis yang berlangsung di İnstitut Yunus Emre Kuala Lumpur ini telah dihadiri oleh Duta Besar Turki ke Kuala Lumpur Merve Safa Kavakcı, Pengarah İnstitut Yunus Emra Kuala Lumpur Dr. Ömer Altun, Pensyarah dari Universiti İslam Antarabangsa Malaysia Dr. Saim Kayadibi dan rakyat Turki yang berada di Malaysia. Majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Turki.

Dr. Ömer Altun mengatakan bahawa lagu kebangsaan adalah merupakan satu ungkapan yang terindah buat tanah air kita yang tercinta. Dr. Ömer juga mengingatkan bahawa Mehmet Akif adalah penyair kebangsaan, guru yang ideal, doktor veteriner yang sangat arif dengan kerjanya, seorang wartawan yang berani, seorang askar yang baik dalam Perang Kemerdekaan, seorang ahli politik yang sangat memberikan kesan yang baik kepada anak muda, orang yang tulus dan sangat patriotik.

Dr. Saim pula menceritakan kisah teladan dari perjuangan yang telah dilakukan oleh Mehmet Akif Ersoy.

Dr. Saim menyentuh kenangan Mehmet Akif Ersoy di Sekolah Veterinernya satu ketika dahulu.“Pernah ada seorang ahli gusti Armenia yang tidak pernah kalah di tangan sesiapa dalam sekolah veteriner tersebut. Kemudian Akif Ersoy mengatakan bahawa tiada seseorang pun yang boleh mengalahkan seorang bangsa Turki. Dengan itu Akif telah berlatih bersungguh – sungguh sehingga dia berjaya tumpaskan ahli gusti Armeni tersebut.”

Dr. Saim Kayadibi mengingatkan bahawa Mehmet Akif telah bekerja dalam banyak bidang untuk memastikan kesedaran perpaduan negara. Dr Saim mengajak untuk kita sama – sama memahami apakah definisi perkataan Turk yang telah dibuat oleh Mehmet Akif Ersoy. Turk menurut Akif Ersoy adalah seseorang yang mempunyai keazaman dan kekuatan yang kuat untuk bangkit melawan seorang yang kafir. Walapun Ibu kepada Akif berasal dari Bukhara manakala ayahnya pula dari Kosovo, Akif telah dilahirkan di Turki dan dia adalah seorang Turk. Kita semua perlu memahami apakah erti komitmen yang telah diberikan oleh Mehmet Akif Ersoy kepada negaranya yang tercinta.

Duta Besar Turki  Merve Safa Kavakcı menekankan bahawa Mehmet Akif adalah seorang penulis, pemikir, penyair dan patriot yang hebat. “Lebih lebih lagi dalam tempoh ini yang dimana bukan hanya di dalam negara, malah juga di luar negara peranan Turki sedang meningkat. Jadi perlunya kita memahami apakah ertinya perjuangan yang dibawa oleh Mehmet Akif Ersoy.”kata Duta Besar Turki,  Merve Safa.

“Selaku seorang Duta Besar, saya berasa sangat bangga apabila berbicara mengenai Mehmet Akif Ersoy di Malaysia. Jika seseorang ingin mencari tokoh, saya merasakan bahawa tiada yang lebih sesuai selain dari Mehmet Akif Ersoy untuk menjadi tokoh tersebut.”kata Merve Safa.