×

Mesaj ralat

Notice: unserialize(): Error at offset 4 of 4 bytes in variable_initialize() (line 1202 of /home/yeeorg/public_html/includes/bootstrap.inc).

Masakan Turki di Istana Raja Malaysia

Yazıcı-dostu sürüm

Tukang masak Chef Omur Akkor yang merupakan seorang pengkaji sejarah masakan Turki dan penulis buku makanan telah menyediakan makanan-makanan Turki bersama Yang Mulia Permaisuri Agong Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pogram yang diadakan di ibu negara Malaysia, Putrajaya ini dilaksanakan oleh Institut Yunus Emre cawangan Kuala Lumpur, Kementrian Perhubungan dan Syarikat Turkish Airline dinaungi oleh Kedutaan Turki di Kuala Lumpur. Program dihadiri oleh Yang Mulia Permaisuri Agong Tuanku Azizah diiringi Duta besar Turki; Merve Safa Kavakçı, Pengarah Institut Yunus Emre Kuala Lumpur; Ömer Altun, Penasihat media kedutaan Turki; Zeynep Havva Rafique dan Pengarah Syarikat Turkish Airline Kuala Lumpur; Hamza Arslan.

Chef Omur Akkor yang memperkenalkan makanan dari masakan Uthmaniyah bernama Helvai-Hakani dan makanan-makanan mücver telah mempersembahkan cara penyediaannya kepada Yang Mulia Tuanku Azizah. Tuanku Permaisuri Agong yang turut serta dalam penyediaan helva dan mücver bersama Akkor telah menyatakan perasaan baginda yang menyukai cara memasak dan peralatan yang digunakan dalam penyediaan makanan Turki. Seterusnya Tuanku Azizah sendiri telah mencemar duli memasak makanan Melayu yang terplilih dan memberikan resepi-resepinya kepada Akkor.

Yang Dipertuan Agong Malaysia Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Syah juga turut mencemar duli menyertai makan petang yang dilaksanakan oleh pihak Istana di dalam program tersebut. Seterusnya YDPA Sultan Abdullah bersama Permaisuri Agong turut melihat persembahan tarian sufi yang dipersembahkan oleh Seyit Sercan Çelik.

Akkor juga telah mempersembahkan hadiah kepada YDPA Agong dan Permaisuri Agong sebagai tanda terima kasih beliau di atas jemputan keluarga diraja. Majlis diikuti dengan penyerahan hadiah daripada Duta Besar Turki; Kavakçı, Pengarah Institusi Yunus Emre Kuala Lumpur; Altun dan Penasihat Media Kedutaan Zeynep Havva Rafique yang berupa pakaian Uthmaniyah  kepada YDPA Sultan Abdullah. YDPA Sultan Abdullah juga telah sudi mencemar duli bergambar bersama perserta-perserta Turki dan Malaysia setelah mengenakan pakaian tersebut,

Omur Akkor ketika diwawancara wartawan Anadolu Ajensi berkata “Pogram ini telah berlansung dengan jayanya. Kami telah menyediakan makanan dari masakan Turki dan Melayu. Kami juga menerima layanan baik di luar jangkaan saya sehingga ke akhir program.” Sambil menyatakan bahawa program istimewa ini telah lama dinantikan olehnya.

Akkor juga berkata “Kami telah menyediakan Helva-i Hakani menggunakan resepi aslinya. Kemudian kami telah memasak mücver bersama-sama. Kami telah mempersembahkan sebuah acara dapur yang berlansung selama hampir sejam setengah. Bagi saya ia adalah satu pengalaman yang tak dapat dibayangkan. Hampir separuh program turut disertai Agong dan Permaisurinya.” sambil mengingatkan bahawa manisan diraja yang disediakan bersama Tuanku Azizah itu merupakan manisan yang disediakan pada majlis sunnat yang dilaksanakan oleh Pemerintah Uthmaniyah iaitu Sultan Suleyman pertama buat anaknya bernama Cihangir.

Akkor ketika menyatakan bahawa kerjasama bersama Institute Yunus Emre dalam usaha-usaha diplomasi makanan ini telah lama dilaksanakan turut memberikan kenyataan “Apa yang kami ingin lakukan sebenarnya adalah kita memperkenalkan masakan kita pada mereka dalam masa yang sama mereka memperkenalkan masakan mereka kepada kita.”