Pameran “Warisan Sukan Memanah dalam Peradaban Turki-Islam”

Yazıcı-dostu sürüm

Pameran “Warisan Sukan Memanah dalam Peradaban Turki-İslam” telah dilaksanakan bersempena pembukaan Institut Yunus Emre Kuala Lumpur dengan kerjasama antara Institut Yunus Emre dengan Yayasan Pemanah.

Di dalam pameran yang dibuat pada majlis perasmian pada tarikh 19 Disember 2019 itu, miniatur-miniatur yang mengandungi peninggalan sukan memanah dalam tamadun Turki-Islam dan menunjukkan keprihatinan para pemerintah terhadap sukan memanah telah dipamerkan dalam 34 buah karya. Selain itu, tinggalan-tinggalan seperti anak panah, busur, pelita dan perisai pinggang juga ditemui dalam pameran itu.

Emine Erdoğan yang merasmikan pembukaan rasmi Institut Yunus Emre Kuala Lumpur turut melawat pameran “Warisan Sukan Memanah dalam Peradaban Turki-İslam”.

Presiden Institut Yunus Emre yang turut bercakap tentang pameran berkata “Tradisi memanah yang wujud dalam sejarah dan dapat dilihat pada hari ini adalah satu tradisi yang menyeluruh, bukan hanya sebuah sukan, tetapi sebuah tradisi yang memiliki falsafah tersendiri dan memantulkan pemikiran dan amalan manusia.”

Melalui Projek Kemankeş yang direalisasikan oleh İnstitut dengan kerjasama Yayasan Pemanah telah menarik banyak minat terhadap sukan memanah Turki di Malaysia. Kursus-kursus sukan memanah Turki yang dibuka oleh İnstitut telah menerima penyertaan yang ramai dalam masa yang sama merupakan protokol pertama di dunia yang ditandatangani bagi menjayakan tradisi sukan memanah Turki menjadi salah satu subjek di Sekolah Antarabangsa Idrissi.

Pameran yang mengumpulkan ramai peminat itu akan terus dipamerkan di Institute Yunus Emre Kuala Lumpur sehingga 10 Januari 2020.