Penyerahan Sijil Kursus Memanah Turki di Malaysia

Yazıcı-dostu sürüm

Seramai 103 orang pelajar Idrissi International School telah menerima sijil Kursus Memanah Turki yang telah dijalankan dengan kerjasama antara Yunus Emre Enstitüsü, Okçular Foundation dan Idrissi International School.

Kursus Memanah Tradisional Turki telah memasuki kurikulum di Idrissi International School sebagai kursus elektif dengan protokol yang ditandatangani antara Yunus Emre Enstitüsü, Okçular Foundation dan Idrissi International School pada 17 November 2018 di Kuala Lumpur, Malaysia dalam skop Projek Kemankeş yang ditubuhkan di 25 negara untuk memperkenalkan Kaedah Memanah Tradisional Turki ke dunia dan menyumbang kepada dialog antara budaya dengan melatih para pemanah dalam bidang ini.

Dengan bermulanya sesi persekolahan yang baru, Kursus Memanah Turki juga telah bermula. Sebanyak 6 kelas telah dibuka dan jumlah pelajar yang mengikuti kursus ini adalah seramai 103 orang pelajar.

Sepanjang tahun pengajian ini, juruluatih pakar kami telah berkongsi semua jenis pengetahuan dan pengalaman teoretikal dan praktikal yang berkaitan dengan memanah Turki kepada para pelajar. Pelajar yang mengikuti kursus Memanah Tradisional Turki telah berpeluang untuk menggunakan bahan memanah buatan tangan dan membuat latihan dengannya.

Berikutan dengan berakhirnya tahun pengajian, seramai 103 orang pelajar yang berjaya menamatkan pengajian mereka telah diberikan sijil oleh pihak Yunus Emre Enstitüsü pada 22 Julai yang lalu.