Peperiksaan Akhir Semester Kursus Bahasa Turki di Universiti - Universiti di Malaysia

Yazıcı-dostu sürüm

Peperiksaan akhir semester untuk kursus Bahasa Turki yang termasuk di dalam skop protokol Bahasa Turki yang telah ditandatangani di antara kolej-kolej dan universiti utama Malaysia dengan Institut Yunus Emre telah berjaya diselesaikan dengan jayanya baru – baru ini.

Setelah berakhirnya pengajian kursus Bahasa Turki di semester kedua bagi sesi 2018/2019, seramai 30 orang pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM), 15 orang pelajar di Management and Science University (MSU), 38 orang pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia cawangan Pagoh (UIAM), 33 orang pelajar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 38 orang pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan 15 orang pelajar di Kolej Teknoloji Darulnaim (KTD) telah menduduki peperiksaan asas Bahasa Turki A1.1. Jumlah para pelajar yang mengambil kursus Bahasa Turki pada semester ini adalah seramai 169 orang pelajar.

Dengan sokongan dari Institut Yunus Emre, setakat ini kursus Bahasa Turki telah menjadi salah satu subjek elektif di 6 institusi pendidikan di Malaysia. 5 daripadanya adalah di peringkat  universiti dan 1 daripadanya adalah di peringkat kolej di Malaysia.