Persembahan Muzik dan Tarian Sufi serta Seni Ebru.

Yazıcı-dostu sürüm

Pada Hari Isnin 18 Mac 2019 yang lalu, telah diadakan Persembahan Muzik dan Tarian Sufi serta Seni Ebru di Kuala Lumpur.

 

Program yang dijalankan dengan kerjasama Institut Yunus Emre Kuala Lumpur dan Pejabat Kebudayaan Turki ini turut sama dihadiri oleh Duta Besar Turki Merve Safa Kavakcı, Menteri Pelancongan,Seni dan Budaya Malaysia Mohammadin bin Haji Ketapi, Timbalan Menteri Pengangkutan Haci Kamarudin Jaffar dan ramai lagi tetamu – tetamu kehormat yang hadir.

 

Pada ucapan perasmiannya, Duta Besar Turki Merve Kavakcı menyatakan jika kita ingin memahami erti Sema, kita harus tahu dan mengenali siapakah Mevlana Celaleddin ar- Rumi.

Dengan mengungkap sebahagian dari syair Mevlana Celaleddin ar-Rumi, Merve Safa Kavakcı mengatakan “ Jadilah seperti malam dalam menutupi kesalahan orang lain, seperti air dalam kemurahan hati, tenang apabila perasaan marah mula timbul, seperti tanah dalam kerendahan hati.

Jadilah seperti diri kamu yang sebenar. ”

 

“Hubungan kedua – dua negara berdasarkan kepada Uthmaniyyah.”

 

Seterusnya sebagai tetamu kehormat yang dijemput pada majlis ini, YB Mohammadin bin Ketapi mengingatkan kita semua bahawa tahun ini adalah merupakan tahun yang ke – 55 bagi ulang tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan Turki. YB Mohammadin menyebut bahawa hubungan antara dua negara ini bermula dari zaman Kesultanan Melayu dan Kerajaan Islam Uthmaniyyah dahulu. Ada sebahagian dari Kerabat Diraja yang berkahwin dengan wanita Turki dan ada sebahagian dari pemimpin negara kita ini yang memikul darah Turki dan ini menjadikan kita sebagai saudara.

 

YB Mohammadin menekankan bahawa kerajaan Malaysia mengharapkan program – program yang sebegini dapat diterus dan dipelbagaikan lagi. YB Mohammadin berkata “ Aktiviti – aktiviti tersebut akan menjadi jambatan yang menghubungkan antara dua negara. Kementerian kami juga akan membantu program ini. Kami juga akan ke Turki dan kami berharap dapat berkongsi budaya kami dengan orang – orang Turki juga.”

 

Setelah selesai ucapan dari YB Mohammadin bin Ketapi, persembahan dimulakan dengan muzik sufi dahulu.

 

Bagi mengingati para syuhada’ perang Canakkale pada 18 Mac yang lalu, ahli muzik telah mendendangkan Lagu Canakkale sebagai permulaan persembahan.

Kemudian persembahan diteruskan dengan persembahan seni Ebru yang turut diiringi alunan lembut muzik Ney dan Kanun yang dibawa khas dari Turki. Persembahan Ebru mendapatkan sambutan yang sangat hangat dari para penonton.

 

Setelah selesai persembahan Ebru, majlis diteruskan dengan tarian Sufi yang turut juga ditemani dengan muzik sufi sebagai suara latar.

 

Seusai persembahan, Duta Besar Turki Merve Kavakci telah menyampaikan hadiah kepada YB Mohammadin bin Ketapi.

Salah satu dari agensi - agensi berita Malaysia, Bernama telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap persembahan ini.