Persidangan “Diplomasi Kebudayaan” dari Presiden Prof. Dr. Şeref Ateş

Yazıcı-dostu sürüm

Presiden Institut Yunus Emre Prof. Dr. Şeref Ateş telah menyampaikan sebuah ucapan bertajuk “Diplomasi Kebudayaan” kepada pelajar-pelajar sarjana Turki yang menuntut di ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur serta kepada penjawat-penjawat awam di Kedutaan Besar Republik Turki di Kuala Lumpur sempena kehadirannya dalam majlis pembukaan Institut Yunus Emre Kuala Lumpur.

Di dalam persidangan yang dibuat di Institut Yunus Emre Kuala Lumpur itu, turut disertai kehadiran Dua Besar Republik Turki di Malaysia Dr. Merve Safa Kavakçı dan Ahli Badan Penasihat Instıtut Yunus Emre Celal Erbay.

Prof. Dr. Şeref Ateş yang menekankan kepentingan diplomasi kebudayaan dalam hubungan antarabangsa itu berkata bahawa diplomasi klasik berkembang secara sehala antara satu kerajaan dengan kerajaan yang lain, dan binaan yang menyentuh masyarakat umum akan lebih berpengaruh seiring waktu. Beliau juga berkata “Di dalam diplomasi kebudayaan, usaha yang dilakukan bukan hanya perlu dibuat berdasarkan aspek etika tetapi juga perlu bersifat estetika. Ciri utama diplomasi kebudayaan adalah etik dan estetik.”

Prof. Dr. Şeref Ateş mengakhiri ucapan beliau dengan menyatakan pembukaan petama institut di luar negara dengan tujuan meningkatkan jumlah penggemar Turki adalah di Sarajevo pada tahun 2009 dan kini telah berkembang menjadi sebuah pertubuhan yang berkhidmat di lima benua.  Ateş juga menjawab persoalan-persoalan daripada para peserta setelah persidangan tamat.