Program Hari Demokrasi Dan Perpaduan Negara 15 Julai Di Malaysia

Yazıcı-dostu sürüm

Satu program memperingati para syuhada’ peristiwa percubaan rampasan kuasa yang dipelopori oleh kumpulan pengganas Fetullah pada 15 Julai 2016 yang lalu telah dilakukan di Malaysia.

Program yang telah berlangsung di Institusi Yunus Emre Kuala Lumpur ini telah dihadiri oleh Duta Besar Turki ke Kuala Lumpur, Merve Safa Kavakçı, Wakil Persatuan Usahawan dan Ahli Perniagaan Turki cawangan Malaysia (MUSİAD), Mustafa Aydemir, Tokoh- tokoh yang terhormat dari Malaysia, wakil syarikat-syarikat akhbar Malaysia dan juga wakil dari syarikat televisyen Malaysia.

Program ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Turki dan pembacaan Al-Quran. Kemudian diteruskan dengan ucapan pembukaan yang berkisar tentang peristiwa cubaan rampasan kuasa 15 Julai oleh Duta Besar Turki ke Kuala Lumpur, Merve Safa Kavakçı.

Kemudian para tetamu dan kumpulan media Malaysia yang hadir melawat pameran gambar yang telah diambil oleh para pemberita Anadolu Agency semasa percubaan rampasan kuasa 15 Julai.

Kavakçı yang menekankan sehingga hari ini Turki tidak pernah melihat pengkhianatan sebesar ini dan berkata ‘ Pada hari itu sahaja, 251 rakyat kami  telah terkorban. Bangunan Operasi Khas Polis, Kompleks Presiden dan Bangunan Parlimen kami juga telah dibom pada hari tersebut’.

Kavakçı juga menyatakan bahawa Kerajaan Turki akan meneruskan perjuangan menentang kumpulan pengganas FETÖ dan kumpulan-kumpulan pengganas antarabangsa yang lain seraya mengatakan ‘ Setakat ini Kerajaan Turki telah bekerjasama dengan 54 buah negara berhubungan dengan penutupan pusat-pusat pendidikan milik kumpulan pengganas FETÖ’.   

Kavakçı sangat berterima kasih atas sokongan-sokongan yang telah diberikan oleh negara-negara lain kepada Turki dalam memberhentikan segala pergerakan kumpulan pengganas FETÖ dan sangat menghargai keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Pakistan dalam melabelkan gerakan FETÖ sebagai gerakan pengganas.

Bagi menjawab soalan mengenai sokongan kerajaan Malaysia kepada Turki, Duta Besar Kavakçı juga sangat berterima kasih atas kerjasama dari pihak berkuasa Malaysia selama 3 tahun ini dan menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia sangat banyak membantu Kerajaan Turki dalam menghadapi cubaan rampasan kuasa ini.

FETÖ'nün sadece Malezya'da değil, bölge ülkelerinde de eğitim kurumları ve sözde insani yardım faaliyetleri aracılığıyla varlık göstermeye çalıştığını belirten Kavakcı, Malezya'nın şimdiye kadar ülkedeki FETÖ mensuplarını Türkiye'ye iade etme konusundaki verdiği destekleri de hatırlattı.

Bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh gerakan FETÖ yang bertapak di atas nama Pendidikan dan Bantuan Kemanusiaan dalam negara-negara di rantau Asia juga telah diberhentikan. Kavakçı juga sangat menghargai usaha Kerajaan Malaysia dalam menghantar pulang ahli-ahli kumpulan pengganas FETÖ ke Turki.

Program ini diakhiri dengan tayangan dokumentari yang bertajuk The Network. Dokumentari yang telah dibuat oleh Kementerian Komunikasi Turki ini berkisar tentang gerakan pengganas FETÖ.

Pameran gambar akan berlangsung sehingga tarikh 30 Julai 2019 di Kuala Lumpur Yunus Emre Enstitüsü.