Sambungan Siri Seminar bersama Ahli Akademik Muda di Kuala Lumpur

Yazıcı-dostu sürüm

Mesyuarat bersama beberapa pelajar Turki yang sedang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana & PhD di Malaysia masih di teruskan di Yunus Emre Institut Kuala Lumpur. Pelajar-pelajar Turki ini membentang topik-topik penyelidikan mereka di pertemuan ini.

Program ini diadakan setiap bulan di pusat kami. Pembentangan yang pertama telah diadakan pada 2 Februari 2018. Selepas pembentangan dari ahli-ahli akademik muda yang berkaitan dengan bidang mereka sendiri, program kami diteruskan dengan sesi soal jawab dan jamuan. Pada 19 Oktober, pembentangan telah diadakan oleh seorang pelajar PhD di Malaysia, Murat Yaş yang telah menyampaikan ucapannya bertajuk “Ekosistem Kewangan Mikro Islam di Asia Tenggara”.

Turut hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah Duta Besar Kedutaan Turki, Puan Merve Safa Kavakçı. Beliau juga merupakan seorang ahli akademik dan amat menyokong program sebegini.

Program kami berakhir dengan penyampaian sijil penghargaan yang telah disediakan oleh Institut kami dan sijil tersebut disampaikan oleh Duta Besar Kedutaan Turki, Puan Merve Safa Kavakçı kepada pelajar PhD yang membentang penyelidikannya untuk mesyuarat minggu ini.