Sambungan Siri Seminar bersama Ahli Akademik Muda di Kuala Lumpur

Yazıcı-dostu sürüm

Sambungan Siri Seminar bersama Ahli Akademik Muda di Kuala Lumpur YEE untuk Bulan Februari.

Mesyuarat bersama beberapa pelajar Turki yang sedang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana & PhD di Malaysia masih di teruskan di Yunus Emre Institut Kuala Lumpur. Pelajar-pelajar Turki ini membentang topik-topik penyelidikan mereka di pertemuan ini.

Program ini diadakan setiap bulan di pusat kami. Pembentangan yang pertama telah diadakan pada 2 Februari 2018. Selepas pembentangan dari ahli-ahli akademik muda yang berkaitan dengan bidang mereka sendiri, program kami diteruskan dengan sesi soal jawab dan jamuan. Minggu ini, pembentangan telah diadakan oleh seorang pelajar di Malaysia, Ahmet Cagri Inan yang telah menyampaikan ucapannya bertajuk “Imej Turki Pada Pandangan Mahasiswa Malaysia ”.

Turut hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah Duta Besar Kedutaan Turki, Puan Merve Safa Kavakçı. Beliau juga merupakan seorang ahli akademik dan amat menyokong program sebegini.

Program kami berakhir dengan penyampaian sijil penghargaan yang telah disediakan oleh Institut kami dan sijil tersebut disampaikan oleh Duta Besar Kedutaan Turki, Puan Merve Safa Kavakçı kepada pelajar  yang membentang penyelidikannya untuk pertemuan minggu ini.