Mesej Presiden

Mesej Presiden

Yazıcı-dostu sürüm

Salam sejahtera kepada semua di setiap penjuru dunia!

Aktif sejak 2009, Yunus Emre Enstitüsü di bawah Yayasan Yunus Emre menjalankan operasinya dengan tujuan untuk mempromosikan Turki, Bahasa Turki, sastera, sejarah, budaya dan seni, mengeratkan hubungan persahabatan dan budaya antara Turki dan negara-negara lain melalui 58 Pusat Kebudayaan yang ditubuhkan di 48 negara.

Institut kebudayaan Turki, Yunus Emre Enstitüsü, yang menjaga sebahagian besar Tamadun Anatolia dan berusaha untuk membawa warisan budaya rantau ini ke pelbagai pelusuk dunia, memainkan peranan besar dalam memastikan Bahasa Turki boleh didengari di seluruh dunia dan memperkenalkan sejarah dan budaya Turki. Institut ini dinamakan sempena seorang warga Anatoli Sufi Yunus Emre yang melambangkan nilai kemanusiaan, humanisme dan keamanan sosial, terus melangkah dengan tujuan untuk memperkenalkan bahasa dan budaya kami di pusat kebudayaan di seluruh dunia.

Institut ini bermatlamat untuk membuka 100 pusat kebudayaan pada 2030, sempena ulangtahun ke-100 Republik Turki, untuk terus mempromosi Turki ke serata dunia dengan sumber yang betul dengan Bahasa Turki dan aktiviti seni budaya, dan pada yang sama menyumbang kepada warisan budaya dunia melalui acara yang berdasarkan interaksi antara budaya. Institut kami melangkah kehadapan dengan penuh semangat dengan cita-cita untuk bekerjasama dengan pelbagai organisasi untuk menyokong projek sains dan budaya, mengongsi pencapaian ini melalui penerbitan-penerbitan dengan dunia dan dengan cara ini, menubuhkan jembatan kebudayaan di atara budaya-budaya sedunia.

Yang Benar,

Prof. Dr. Şeref ATEŞ