Pameran gambar Göbeklitepe di Kuala Lumpur

Yazıcı-dostu sürüm

Perasmian kepada pameran gambar-gambar Göbeklitepe yang merupakan salah satu warisan sejarah kemanusiaan yang terpenting yang disifatkan sebagai noktah sifar sejarah dengan umurnya yang mencecah 12 ribu tahun, telah diadakan oleh Kuala Lumpur Yunus Emre Institut, bersempena dengan sambutan Sambutan Hari Republik 29 September yang dilaksanakan oleh Kedutaan Turki di Kuala Lumpur.

Bersempena dengan tahun 2019 sebagai ‘Tahun Gobeklitepe’, Institut Yunus Emre yang menjalankan aktiviti-aktiviti memperkenalkan Göbeklitepe di pelbagai negara di pelusuk dunia, telah mengumpulkan ramai hadirin yang berminat dengan Göbeklitepe melalui pameran yang dibuka dalam majlis resepsi  Sambutan Hari Republik 29 September yang dilaksanakan oleh Kedutaan-kedutaan besar Republik Turki di pelbagai tempat seperti Kuala Lumpur, Sarajevo, Amman, Lahore, Cologne, Kabul, Baku, Kazan, Bucharest, Berlin, Paris, Pristina, Nur Sultan, Kaherah, Podgorica, Skopje, Belgrade, Zagreb dan Dakar.

Dalam pada itu, Badan Penasihat Budaya dan Promosi Republik Turki Kuala Lumpur telah menyediakan sebuah reruai berbentuk 3D bertemakan Gobeklitepe sebagai salah satu aktiviti yang memberi peluang kepada tetamu jemputan mengenali tempat arkeoloji dengan lebih dekat dan mengambil gambar di sana.

Pameran yang menerima sambutan ratusan pengunjung itu, turut mempamerkan gambar-gambar yang kaya dengan penerangan tentang pengenalan Kawasan Arkeoloji Göbeklitepe sebagai salah satu dari senarai warisan dunia UNESCO, juga penerangan tentang kronoloji-kronoloji seperti penemuan Gobeklitepe dan kepentingannya dalam sejarah.