Program Pengenalan Institut Yunus Emre di Universiti Teknologi Malaysia

Yazıcı-dostu sürüm

Satu Program Pengenalan Institut Yunus Emre  telah dijalankan di Universiti Teknoloji Malaysia pada 18 Februari 2019 yang lalu.

Para tetamu yang hadir telah diberikan informasi mengenai aktiviti-aktiviti kebudayaan antarabangsa, kelas Bahasa Turki dan Projek Kemankeş yang dijalankan oleh Institut Yunus Emre. Turut serta bersama kami, wakil dari Pejabat Kebudayaan dan Pengenalan Turki yang menambahkan lagi seri pada Program Pengenalan Institut Yunus Emre ini dengan pelbagai peralatan dan seni yang menarik dari Turki serta memberikan  informasi  mengenai Negara Turki.

 

Sementara Program Pengenalan Institut Yunus Emre sedang berjalan, Duta Besar Turki di Malaysia iaitu Dr. Merve Safa Kavakci sedang memberikan seminar yang bertajuk  “Peralihan Paradigma Di Dalam Dasar Luar : Pendekatan Kemanusiaan” di dalam program Azman Hashim International School Global Dialogue. Seminar ini telah dihadiri lebih kurang 300 peserta yang terdiri daripada Ahli Akademik, Diplomat, Duta-Duta Besar dan para pelajar UTM.

 

Seiring dengan tamatnya seminar yang diberikan oleh Duta Besar Turki di UTM, tamatlah juga Program Pengenalan Institut Yunus Emre.