Belajar Bahasa Turki

Belajar Bahasa Turki

PENGAJARAN BAHASA TURKI DI PUSAT KEBUDAYAAN KAMI

Di Pusat Kebudayaan kami, kursus Bahasa Turki untuk kumpulan yang berbeza diberikan dalam pelbagai tahap mengikut tahap permintaan. Sebagai tambahan kepada kursus umum Bahasa Turki, kursus khusus seperti Bahasa Turki untuk perniagaan, Bahasa Turki untuk kanak-kanak, kelas terjemahan, akhbar dan media Turki juga ada dianjurkan.

Pusat-pusat Kebudayaan kami

 

PILIHAN SAYA ADALAH PROJEK BAHASA TURKI

Melalui inisiatif Institut Yunus Emre, Bahasa Turki kini diajar sebagai kursus elektif atau bahasa asing kedua yang wajib di institusi pendidikan rendah, menengah dan tinggi di negara-negara seperti Bosnia dan Herzegovina, Georgia, Poland, Jepun, Mesir, Montenegro dan Romania.

Dalam skop projek ini, kajian telah dijalankan untuk memperkenalkan Bahasa Turki sebagai bahasa asing elektif di dalam kurikulum-kurikulum rasmi. Kurikulum ini telah dibentuk dan set pengajaran Bahasa Turki juga telah disediakan sebagai bahasa asing untuk pendidikan rendah dan menengah.

 

PENGAJARAN BAHASA TURKI DI TEMPAT MASING-MASING

Institut Yunus Emre bekerjasama dengan ‘Presidency of Foreign Turks and Relative Communities’ untuk memberikan peluang kepada pelajar-pelajar yang menerima Biasiswa Turki untuk belajar Bahasa Turki di pusat-pusat kebudayaan yang terletak di negara-negara mereka sebelum mereka datang ke Turki.

Biasiswa Turki: www.ytb.gov.tr

 

SEKOLAH MUSIM PANAS TURKI

Program Sekolah Musim Panas Turki, yang dianjurkan setiap tahun, dijayakan dengan kehadiran pelajar-pelajar yang belajar Bahasa Turki di Institut-institut Yunus Emre luar negara dan tetamu dari negara-negara yang berlainan yang belajar di jabatan Turkologi luar negara. Mereka mempunyai peluang untuk berlatih di Turki dengan Bahasa Turki yang mereka pelajari di negara masing-masing. Dalam organisasi ini, pelajar-pelajar mempunyai peluang untuk mengembangkan Bahasa Turki mereka serta mengenali tempat-tempat sejarah dan pelancongan di bandar-bandar yang mereka kunjungi di Turki.

Sekolah Musim Panas Turki: turkceyazokulu.com

 

PENGAJARAN BAHASA TURKI JARAK JAUH

Institut Yunus Emre bertujuan untuk mengajar Bahasa Turki secara bebas dari masa dan tempat melalui Portal Pengajaran Bahasa Turki yang disediakan dengan menggunakan kemudahan teknologi kontemporari. Dalam Portal ini, senarai kata dan struktur tatabahasa ditentukan mengikut tahap dan dipaparkan secara berperingkat, dan struktur yang sering digunakan oleh pelajar dalam kehidupan seharian diajar dengan aktiviti berdasarkan empat kemahiran bahasa asas.

Portal Pengajaran Bahasa Turki: turkce.yee.org.tr

 

BAHAN PENGAJARAN BAHASA TURKI

Institut Yunus Emre menjalankan kajian kurikulum dan pembangunan bahan pengajaran berasaskan kaedah pengajaran bahasa kontemporari selaras dengan keperluan kawasan dan kelayakan kumpulan sasaran.

Set Buku Bahasa Turki Kanak-Kanak (ÇİT)

Ia disediakan untuk kumpulan sasaran 6-9 tahun. Ia terdiri daripada 4 set.

(Buku Teks, Buku Guru, Rakaman CD)

Set Pembelajaran Bahasa Turki

Ia telah disediakan dalam 2 tahap, A1 hingga A2 untuk kumpulan umur 10-15 tahun. Ia terdiri daripada 4 set.

(Buku Teks, Buku Kerja, Rakaman CD)

Set Buku Turki Yedi Iklim

Ia telah disediakan dalam enam tahap, A1 hingga C2 untuk umur 16 tahun dan ke atas.

(Buku Teks, Buku Kerja, Buku Guru, Rakaman CD)

Pembelajaran Kosa Kata dengan Gambar

Kamus tematik yang disokong oleh gambar yang disediakan untuk tahap A1. Ia terdiri daripada 600 perkataan dan aktiviti. Kata-kata ini bersamaan dalam bahasa Inggeris, Rusia dan Arab.

Buku Bercakap dan Menulis

Ia terdiri daripada 186 visual dan aktiviti berkaitan yang disediakan untuk digunakan dalam kursus Bahasa Turki serta kelab bercakap dan menulis di tahap A1.

Buku Aktiviti Video

Ia terdiri daripada 32 video tematik dan aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk digunakan dalam kursus bahasa Turki di tahap A1- A2.

 

UJIAN KEMAHIRAN BAHASA TURKI (Singkatan Bahasa Turki: TYS)

TYS adalah ujian kemahiran bahasa yang dihasilkan oleh Institut Yunus Emre dengan tujuan untuk menyokong dasar-dasar untuk membawa peperiksaan standard untuk Bahasa Turki yang akan diterima di arena antarabangsa dan dasar yang memudahkan penerimaan pelajar asing. Calon yang berjaya dalam peperiksaan ini (ditadbir di peringkat antarabangsa tiga kali setahun) dikecualikan daripada kelas persediaan bahasa di universiti-universiti Turki dan menikmati kelebihan dalam aplikasi perniagaan dan pekerjaan.

TYS: tys.yee.org.tr

 

LATIHAN PARA GURU

Institut Yunus Emre menganjurkan pelbagai program latihan guru untuk memenuhi keperluan kakitangan yang terlatih dalam mengajar bahasa Turki sebagai bahasa asing.

Beberapa program yang dilaksanakan oleh Institut termasuk:

  • Program Sijil dalam Mengajar Bahasa Turki Sebagai Bahasa Asing
  • Program Sijil Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Asing untuk Ahli Turkologi Asing
  • Mengendalikan Seminar Tentang Mengajar Bahasa Turki sebagai Bahasa Asing
  • Program Adaptasi Antara Budaya
  • Program Latihan Dalam Perkhidmatan

 

PEPERIKSAAN PELAJAR ASING (Singkatan Bahasa Turki: YÖS)

Peperiksaan Pelajar Asing (YÖS) adalah peperiksaan di mana pelajar asing yang ingin belajar di institusi pengajian tinggi di Turki akan dapat memasuki dan menggunakan keputusan mereka ketika diterima institusi-institusi ini. Institut ini menyumbang kepada penyelarasan Peperiksaan Pelajar Asing yang akan dibuat oleh Universiti yang mana mereka mempunyai perjanjian kerjasama, dan Institut juga memastikan bahawa peperiksaan ini dilakukan dalam keadaan dan persekitaran yang terbaik.

 

KAMI MENGAJAR BAHASA TURKI DENGAN KAEDAH KONTEMPORARI!

Papan interaktif, pengajar yang disahkan, bahan pembelajaran yang membantu, poster bahasa yang tematik, bahan kursus yang sesuai untuk kumpulan sasaran, kelas berbentuk U dengan kapasiti 8-16 individu.

Sebagai Institut Yunus Emre, kami mengajar bahasa Turki sebagai bahasa asing di arena antarabangsa. Dalam konteks ini, kami menyediakan alat dan bahan kursus berdasarkan keperluan pelajar dan kaedah kontemporari.

 

KAMI MENGAJAR BAHASA TURKI KE DUNIA

Sehingga tahun 2009, kira-kira 100,000 orang telah mempelajari bahasa Turki dalam skop pengajaran bahasa Turki sebagai bahasa asing kedua yang elektif dan wajib di sekolah-sekolah awam di luar negara dan pelajaran bahasa Turki di jabatan Turkologi di luar negara, serta kursus bahasa Turki yang dianjurkan oleh pusat kami di luar negara.