Institut Yunus Emre dan Universiti Malaya tandatangan Protokol TABİP

Yazıcı-dostu sürüm

Institut Yunus Emre telah menandatangani memorandum persefahaman mengenai Projek Kerjasama Akademik dan Sains di Turki (TABİP) dengan Universiti Malaya, universiti bertaraf dunia yang terbaik di Malaysia, yang dilaksanakan di bawah naungan Presiden Republik Turki.

Majlis tandatangan memorandum persefahaman (MOU) yang diadakan di bangunan rektorat Universiti Malaya, yang terletak di ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur, telah dihadiri oleh Duta Besar Kedutaan Turki di Kuala Lumpur Dr. Merve Safa Kavakcı, Pengarah Institut Yunus Emre Cawangan Kuala Lumpur Dr. Ömer Altun dan Timbalan Rektor Universiti Malaya Prof. Dr. Abdul Rahim Hashim.

Semasa majlis tandangan MOU sedang berlangsung, Pengarah Institut Yunus Emre Dr. Omer Altun telah memberikan maklumat terperinci mengenai protokol TABİP dan membincangkan mengenai sumbangan yang akan dibuat untuk kerja-kerja akademik dan saintifik melalui Institut Yunus Emre.

Duta Besar Kedutaan Turki di Kuala Lumpur, Dr. Merve Kavakcı menyatakan kepuasannya terhadap perjanjian itu. "Kami sangat gembira melihat para saintis Turki dan Malaysia berkumpul pada majlis ini. Semoga dengan perjanjian ini membuahkan hasil yang bermanfaat untuk manusia sejagat" katanya.

Timbalan Rektor Prof Hashim mengatakan bahawa mereka memantau secara teliti kajian akademik dan saintifik yang dijalankan di universiti-universiti Turki dan perjanjian ini akan membuka jalan kepada para ahli akademik Turki dan Malaysia untuk membangunkan projek-projek mereka.

Perjanjian untuk protokol TABIP telah ditandatangani oleh Dr. Omer Altun bagi pihak Institusi Yunus Emre dan Prof. Dr. Abdul Hashim bagi pihak Universiti Malaya.

Dengan ini, Universiti Malaya merupakan universiti pertama yang menandatangani protokol TABIP di Malaysia dan di rantau Asia.

“Kami kongsikan kapasiti saintifik Turki dengan masyarakat sedunia”

Presiden Institut Yunus Emre Prof. Dr. Şeref Ateş mengulas perjanjian TABİP, dengan menyatakan bahawa sains adalah neutral terhadap semua warga dunia.

Ateş menyatakan bahawa TABİP akan menyumbang kepada Turki dan juga kepada individu - individu dan institusi – institusi  yang berkongsi kapasiti saintifiknya dengan Turki. "Dengan protokol kerjasama ini dibuat dengan universiti bertaraf dunia yang terbaik di dunia, Universiti Malaya, kami telah membuat langkah besar untuk membuat pembukaan portal maklumat Turki TABİP ke Turki dan berkongsi kapasiti saintifiknya dengan dunia," katanya.

Rangkaian akademik dan saintifik yang berkesan sedang diwujudkan.

TABİP ini dilaksanakan oleh Institut Yunus Emre di bawah naungan Presiden Republik Turki dengan tujuan mempromosikan potensi akademik dan saintifik Turki di seluruh dunia dan memperkuatkan lagi pengeluaran saintifik dan teknologi Turki. Rangkaian akademik dan saintifik yang baru dan berkesan disasarkan dengan keberadaan portal dan perisian lain yang dibangunkan dalam skop TABİP.

Dalam konteks ini, TABİP  bukan sahaja sesuai kepada pelajar atau ahli akademik, tetapi juga kepada institusi pendidikan tinggi dan komuniti keusahawanan serta para peniaga.

Portal ini membolehkan penggunanya untuk mendapatkan info mengenai semua perkembangan saintifik, teknologi dan projek baru yang muncul di Turki dan di seluruh dunia, membuat kumpulan projek, dan bertukar maklumat dengan ahli akademik, institusi kebangsaan, saintis, dan pengeluar di mana sahaja di seluruh dunia.