Mesyuarat Calon Ahli Akademik

Yazıcı-dostu sürüm

Beberapa pelajar Turki yang sedang melanjutkan pelajaran Masters & PhD di Malaysia telah mengadakan mesyuarat di Yunus Emre Institut Kuala Lumpur.

Pembentangan mengenai topik-topik penyelidikan pelajar Turki kami telah dirancang untuk diadakan setiap bulan di pusat kami. Pada 2 Februari 2018, pembentangan yang pertama telah diadakan oleh seorang pelajar PhD di Malaysia, Omer Faruk Çıngır yang telah menyampaikan ucapannya bertajuk "Prinsip Penghijrahan di Turki, Status Undang-Undang, Sejarah Penghijrahan dan Masalah Semasa Pendatang Asing". Dalam pembentangannya, beliau membahas tentang sejarah penghijrahan di Turki, jenis perlindungan antarabangsa di Turki, keizinan kediaman pelarian dan data imigran yang tidak teratur. Beliau memberi contoh kes kajian pelarian bersyarat Iraq, di mana beliau menekankan tentang keharmonian sosial, pendidikan, kesihatan dan keadaan bekerja. Beliau menggulung pembentangannya dengan menyentuh topik penyelidikan yang berkaitan dengan Turki dan dasar penghijrahan EU.

Duta Besar Kedutaan Turki, Puan Merve KAVAKÇI, telah memberikan sijil penghargaan yang telah disediakan oleh Institut kami, kepada pelajar PhD tersebut dan beliau menyatakan kepuasannya dengan program tersebut. Beliau juga menekankan kepentingan untuk terus membuat perbentangan-perbentangan dalam bentuk seminar, yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai, dalam rangka topik yang ditentukan. Program ini berakhir selepas sesi soal jawab dan jamuan.