Minggu Makanan Turki di Kuala Lumpur, Malaysia

Yazıcı-dostu sürüm

Masakan Turki telah diperkenalkan di "Minggu Makanan Turki" di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia.

Ini merupakan kali yang ke – 4  minggu makanan Turki dilakukan di Malaysia. Pada kali ini, Kedutaan Turki Kuala Lumpur, Institut Yunus Emre Kuala Lumpur, Pejabat Kebudayaan Turki, Turkish Airlines dan Blue Eyes telah turut sama memberikan sokongan pada program Minggu Makanan Turki ini yang di mana majlis perasmiannya telah berlangsung di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur.

 

Duta Besar Turki ke Kuala Lumpur Merve Safa Kavakci dan anak perempuan kepada Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Dato’ Paduka Tunku Khadijah Tunku Abdul Rahman serta ramai lagi Duta – Duta Besar turut sama menghadiri program ini. Program ini dimulakan dengan persembahan muzik Tarian Sufi dan Ebru. Setelah selesai persembahan, para tetamu dihidangkan dengan hidangan pembuka selera

 

Adnan Öztürk, salah seorang chef yang menyediakan hidangan Turki  berkata bahawa mereka cuba untuk mempamerkan semua hidangan yang terdapat dalam masakan Turki.

 

Öztürk menyatakan keinginannya untuk memperkenalkan makanan Turki kepada negara – negara lain selain Malaysia.”Rakyat Malaysia sangat menyukai makanan Turki lebih – lebih lagi kebab dan roti pide Turki.” Kata Öztürk.

 

Minggu Makanan Turki akan diteruskan sehingga 19 Mac.