Pemanah Dunia Bertemu di Istanbul

Yazıcı-dostu sürüm

16 Juara Atlet Sukan Memanah Turki Berkumpul untuk Peringkat Akhir Campuran Dunia

Projek Kemankeş yang dilaksanakan bersama oleh Yunus Emre Institut dan Yayasan Okcular, telah membawa atlet-atlet yang berjaya dari 16 buah negara untuk berkumpul di Istanbul.

Para atlet yang telah memenangi pertandingan yang diadakan pada akhir kursus memanah Turki yang diadakan di cawangan Institut Yunus Emre di luar negara akan menghadiri peringkat akhir campuran dunia pada 19 Oktober ini.

Di dalam rangka Projek Kemankeş, yang bertujuan untuk mempromosikan memanah Turki ke seluruh dunia dan menarik atlet baru, para pemanah akan menjalani latihan khas yang disediakan di kemudahan Yayasan Okçular di Istanbul. 32 atlet akan mengambil bahagian dalam pertandingan pada hari Jumaat, 19 Oktober selepas mereka lalui latihan khas yang mengikut prosedur pertandingan memanah Turki.

Upacara pembukaan pertandingan akan diadakan dengan penyertaan Bilal Erdoğan Ahli Pengasas Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Okçular, Haydar Ali Yıldız Ketua Yayasan Okçular dan Ketua Penasihat Presiden dan Dr. Şeref Ateş Presiden Yunus Emre Institut. Selepas ucapan pembukaan, pertandingan akan dimulakan dan kemudian pemenang-pemenang akan dipersembahkan pingat mereka.

Program ini akan berakhir pada hari Isnin, 22 Oktober dan para pemanah akan diberikan sijil penyertaan dan akan menjadi jurulatih di kursus memanah Turki di negara masing-masing.

 

Projek Kemankeş

Projek Kemankeş dilancarkan secara bersama oleh Yunus Emre Institut dan Yayasan Okcular pada 19 Oktober 2017 dengan tujuan untuk mengkaji dan mempromosikan memanah tradisional Turki serta sejarah, olahraga, seni, budaya dan ciri-ciri pendidikannya dan menyumbang kepada dialog antara budaya dengan menaikkan pemanah dalam bidang ini.

Projek antarabangsa ini telah dilancarkan di Jerman, Bosnia dan Herzegovina, Morocco, Palestin, Iran, Jepun, Qatar, Kazakhstan, Republik Turki Utara Cyprus, Lubnan, Malaysia, Mesir, Poland, Serbia, Sudan dan Jordan pada tahun lepas dan dirancang untuk diperluaskan lagi ke 25 negara pada tahun 2019.