Kursus Elektif Bahasa Turki Bermula di Universiti Putra Malaysia UPM

Yazıcı-dostu sürüm

Di bawah Protokol Operasi Turki yang ditandatangani oleh Yunus Emre Entitusu dan Universiti Putra Malaysia, Kursus Elektif Bahasa Turki  telah bermula di Universiti Putra Malaysia atau lebih dikenali dengan UPM yang menduduki tangga yang ke- 202 dalam carta QS World University Rankings

Penyertaan untuk Kursus Bahasa Turki dibuka kepada 25 orang di bawah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM dan kuota tersebut telah penuh diisi oleh para pelajar pada hari pertama pendaftaran. Pada tanggal 11 Februari 2019, dengan permulaan semester baru di UPM, kursus elektif Bahasa Turki kami pun turut bermula.

Encik Mustafa Cesmeci,Penasihat Pendidikan Institut Yunus Emre Kuala Lumpur berkata, “Kami di Institut Yunus Emre, berusaha sebaik mungkin untuk menyediakan Kursus Bahasa Turki mengikut kadar permintaan yang kami terima di Malaysia. Tambahan kepada Protokol Kerjasama Turki kami, sesiapa sahaja boleh datang ke pusat kami untuk mempelajari Bahasa Turki atau mereka juga boleh belajar Bahasa Turki melalui Portal Pengajaran Bahasa Turki kami di alamat turkce.yee.org.tr.”