Kelas Bahasa Turki Di UIAM dan MSU Telah Bermula.

Yazıcı-dostu sürüm

Dengan sokongan dari pihak Yunus Emre Enstitüsü dan di dalam skop Protokol Bahasa Turki yang ditandatangani oleh Yunus Emre Entitusu dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Management and Science University (MSU), kelas Bahasa Turki di kedua-dua Universiti ini telah bermula.

Di MSU, selain dari kelas 2 jam yang dilakukan bersama dengan pelajar di dalam kelas,kami juga melakukan kelas secara online selama 1 jam. Manakala di UIAM Pagoh pula, Bahasa Turki telah menjadi salah satu subjek elektif di dalam Fakulti Bahasa dan Pengurusan.

Pelajar Kelas Bahasa Turki di Malaysia dan Thailand telah mencapai bilangan seramai 600 orang.

Dengan sokongan dari Yunus Emre Enstitüsü , Kelas Bahasa Turki juga telah menjadi salah satu subjek pilihan di Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia,Kolej Permata Insan dan Kolej Teknologi Darul Naim.

Selain dari Malaysia, Kuala Lumpur Yunus Emre Enstitüsü juga membekalkan tenaga pengajar untuk Kelas Bahasa Turki yang sedang berjalan di Sekolah Islam Integrasi yang terletak di Patani, Thailand. Di dalam skop Protokol Operasi Bahasa Turki ini, jumlah pelajar yang sedang mengikuti kelas Bahasa Turki telah meningkat kepada 600 orang pelajar.