Kursus Elektif Memanah Tradisional Turki Semester 2020 Telah Bermula.

Yazıcı-dostu sürüm

Kursus Elektif Memanah Turki, yang telah berlangsung selama 3 tahun di Malaysia, telah dimulakan pada musim luruh 2020 dengan mematuhi peraturan penjagaan kendiri ketika pandemi Kovid-19.

Dalam ruang lingkup Projek Kemankeş, yang dilaksanakan di 25 negara dengan kerjasama Institusi Yunus Emre dan Yayasan Okçuluk dengan objektif  menyumbang kepada dialog antara budaya dan memperkenalkan sukan memanah tradisional Turki ke seluruh dunia dengan melatih atlet dalam bidang ini, 4 pelatih Malaysia telah dilatih di Yayasan Okçuluk Istanbul pada bulan November 2017 dan Oktober 2018 dengan latihan intensif sehingga bergelar guru. Kira-kira 50 pelatih juga telah mendapat latihan dalam masa 2 semester melalui kursus Memanah Turki yang dibuka di Institusi Yunus Emre Kuala Lumpur pada Januari 2018.

Sukan memanah Turki menarik perhatian ramai di Malaysia, di mana sukan memanah kuda hidup sebagai sebuah tradisi. Dalam program bertajuk "Memanah Turki di Pentas Dunia" yang diadakan pada 17 November 2018, sebuah filem dokumentari pendek berjudul "Memanah Turki Tradisional", pameran fotografi bernama "Kemankeş Turkish Archery" dan pertunjukan persembahan oleh pelajar sekolah menengah International Idrissi School, diadakan juga pengenalan kepada buku karya seorang sejarawan dan penulis iaitu Erkan Göksü yang berjudul Okla Yükselen Millet yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris  (The Rising of Nation with Arrow). Dalam program itu, dengan protokol kerjasama yang ditandatangani bersama oleh Institusi Yunus Emre, International Idrissi School and Yayasan Okçuluk turut dihadiri oleh Yang Berhormat Bilal Erdoğan, Presiden Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Okçuluk dan Presiden Gabungan Etnosport Dunia, dan Duta Besar Malaysia kami Puan yang Utama Merve Safa Kavakcı, "Sukan Memanah Turki Tradisional" telah dimasukkan sebagai kursus elektif di dalam kurikulum.

Di Sekolah Idrissi Antarabangsa yang merupakan salah satu sekolah terbaik di Malaysia, 108 pelajar telah memilih kursus "Memanah Tradisional Turki" pada tahun akademik 2018-2019, 95 pelajar pada tahun akademik 2019-2020, dan 118 pelajar pada tahun akademik 2020-2021.

Sepanjang tahun ini, semua jenis pengetahuan dan pengalaman teori dan praktikal berkaitan sukan memanah Turki diajarkan kepada pelajar oleh tenaga pengajar yang pakar. Pelajar yang belajar di kelas yang disediakan dalam skop kurikulum memanah tradisional Turki berpeluang berlatih dengan menggunakan alat memanah buatan tangan dan juga diberikan taklimat cara menembak.

Pelajar yang berjaya menamatkan kursus "Memanah Turki Tradisional" diberi sijil yang disediakan oleh Institusi Yunus Emre dan Yayasan Okçuluk.